~Miss Pompom~
find miss pompom
facebook twitter Instagram link 4

KENALI NELYDIA SENROSE,ANAK KELAHIRAN KELANTAN..SETIA HUJUNG NYAWA..
Sunday 31 March 2013 | 04:26 | 0 comments
SALAM..hai semu pembaca setia blog miss pom pom..kali ini miss pom pom nak citer sikit pasal actress yang comel+cute ni..so,hayati larh................

Hampir tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia lakonan, baru sekarang nama Nelydia Senrose, 19, dikenali umum. Semuanya gara-gara kegilaan ramai terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Setia Hujung Nyawa.Sebaik disiarkan di TV3 melalui slot Akasia sepanjang dua minggu, drama terbitan Suhan Movies & Trading dan arahan Emi Maziah itu ditonton hampir tiga juta orang, sekali gus membuatkan penonton buka mata terhadap bakat Nelydia membawakan watak Ersalina berganding dengan Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi.
Ditemui di lokasi penggambaran Setia Hujung Nyawa baru-baru ini, Nelydia atau mesra dengan panggilan Nelly bersyukur dengan perkembangan itu.

Katanya, dia mula berlakon sejak berusia 13 tahun dan banyak drama dibintangi, namun tidak sangka baru sekarang orang memberikan perhatian terhadap lakonannya.

Katanya, populariti diraih Sehingga Hujung Nyawa tidak pernah membuatkan dia mendabik dada mahupun berasa besar memandangkan situasi industri perfileman dan penerbitan drama tempatan tidak menentu. Apatah lagi persaingan sangat besar dan bakat baru silih berganti.


Gadis kacukan Melayu-Siam ini mengakui mementingkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan. Katanya, sebaik tamat pengajian peringkat menengah dan memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia memilih melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi.

“Saya cuba bersikap realistik dalam hidup. Sekarang pun kita lihat banyak muka baru muncul dan tidak kurang juga berbakat. Saya tidak pernah meletakkan diri antara yang terbaik kerana ada lagi bakat baru dan muda lebih berkebolehan.

“Saya belajar untuk masa depan dan sekurang-kurangnya mesti ada segulung ijazah dalam bidang berbeza. Kalau takdir menentukan bakat saya dihargai dan diperlukan sampai bila-bila, saya bersyukur.

“Bagaimanapun, andai orang tidak perlukan saya lagi, dengan kelulusan diperoleh, sekurang-kurangnya saya boleh menyertai bidang baru dan saya minati,” kata pelajar Kolej SEGI ini.

Jelas Nell, dia memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan bukan seni kerana sejak dulu berminat memerhati dan mengkaji tabiat manusia. Katanya, bidang pekerjaan dalam bidang itu juga luas.

Mungkin ramai tidak tahu, Nelly adalah sepupu pelakon baru yang naik mendadak, Emma Maembong dan kakaknya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, atau Uqasha Senrose yang kini turut bergelar pelakon.

Bagaimanapun, Uqasaha terus ke layar perak apabila membintangi filem Bencinta berganding dengan pelakon popular, Nora Danish dan Farid Kamil yang kini menjalani penggambaran di Langkawi. Emma pula terus melonjak naik hanya menerusi dua drama.

Menilai pembabitan mereka dalam industri seni dan pencapaian diperoleh, ternyata perjalanan pelakon yang memulakan kerjaya menerusi drama bersiri Spa Q itu jauh jika dibandingkan dengan Emma.

Tegas Nelly, ia tidak perlu dijadikan isu memandangkan rezeki ditentukan Tuhan. Katanya, dia bersyukur dengan apa diperoleh sekarang dan yang pasti, dia gembira dengan populariti diraih Emma sekarang.


Pantang orang berbohong

PUNYA rupa dan popular, tentu ramai me­nyangka Nelly berpunya. Tambahan pula dalam usia mencecah 19 tahun, boleh dikatakan ia tempoh terbaik untuk seorang gadis mengenal erti berkasih sayang dan indah apabila dicintai.

Mengejutkan apabila gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mengatakan dia tiada teman lelaki.

“Mengapa saya harus berbohong? Saya tidak pernah memikirkan soal populariti akan jatuh jika mengaku hati dimiliki. Pada saya, sikap jujur itu perlu.

“Apatah lagi saya pantang kalau orang membohongi saya. Sudah tentu perkara sama juga diharapkan orang lain daripada saya.

“Bayangkan kalau saya kata tiada kekasih. Kemudian saya keluar dengannya dan dilihat orang keliling. Bukankah nanti orang akan menuduh saya pembohong dan hipokrit. Tiada apa yang hendak dirahsiakan, apatah lagi saya tidak pernah meletakkan diri sebagai orang popular,” katanya.

Berpegang kepada prinsip itu, Nelly mengakui sentiasa bersikap terbuka walaupun ia menyentuh soal peribadi. Soal bercinta atau teman lelaki sering ditanya dan menjelaskan secara jujur ia tidak pernah berlaku.

Pelakon berwajah comel ini mengatakan, mungkin faktor usia menyebabkan dia tidak bernasib baik dalam soal cinta.

“Masalahnya, saya suka­kan lelaki yang jauh lebih berusia dan mereka pula tidak pernah pandang serius terhadap saya. Bila bertemu dan beberapa kali keluar bersama, akhirnya hubungan itu bertukar menjadi ‘adik dan abang’.

“Saya percaya perkara itu berlaku kerana keperibadian saya yang masih keanak-anakan. Saya tidak pernah kisah mengenai soal itu memandangkan saya masih muda dan banyak perkara perlu dikejar.

“Saya perlu beri tumpuan kepada kerjaya lakonan dan pelajaran. Saya percaya cinta tidak perlu dicari kerana apabila tiba masanya, ia akan datang dengan sendiri,” katanya dengan pandangan matang berbanding usia sebenar.


BIODATA:

Nama sebenar: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Ketiga daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan pelajar
Kolej: Kolej SEGI (pengkhususan psikologi)

Drama: Spa Q, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Ahmad Durrah, Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung, Friday I’m In Love dan Setia Hujung Nyawa.


Watak Pelakon Dalam Drama Setia Hujung Nyawa

Amar Asyraf – Zain Hakim
Nelydia Senrose – Ersalina Imani
Sherry Ibrahim – Eriza
Talha Harith – Hadi
Hairul Azreen – Iqram
Chacha Maembong – Zehra
Zila Bakarin – Datin Adibah
Raja Ema – Puan Haliza
Hilal Azman – Ayah Ersalina
Ryzal Jaafar – Zakuan
Sura Sojangi – Sofea
Bea Rameshan – Dr.Suria










 

that's all from miss pom pom..SARANGHAE..... ^_^
Tuan Empunya Tanah
 photo 1fc6901e-4d22-4a12-aa46-ba32ddb0d7fe_zpsca4ccf1a.jpg
my name is SITI NOT ATIQAH BINTI HALIM..aka miss pom pom @ eyqapinky..i am 22..studying bachelor of sport science at UITM JENGKA,PAHANG..i am the crazy, retarded girl who enjoys laughing and the pleasures of the world :) :::Revenge? Nah I dont need revenge, I just plan to sit here and watch your life fall apart on its own....:::: *Pain makes me stronger, tears makes me braver, heartbreak makes me wiser, so i thank the past for a better future *Dont live in hatred. Its hurt~ But live to move forward. Make ur life meaningful to urself. A devotion to our creator * i'm just a simple girl. . . nothing special about me. . .

Followers Miss pompom

Chat with miss pompom


Big thanks
thank you for those come to visit my blog or walking to my blog..saranghae.. Best view in: Mozilla firefox