~Miss Pompom~
find miss pompom
facebook twitter Instagram link 4

Pemuda Minta Izin Berzina Dari Bakal Bapa Mertua! (Ambil pengajaran wahai bakal wali dan anak-anak gadis sekalian)
Friday 28 September 2012 | 16:39 | 0 comments

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi.

Teruna: Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya.

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah Mak Cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan Mak Cik. Hehe..

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe..

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh! Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je Pak Cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya Pak Cik sikit?

Bapa Gadis : Boleh takde masalah.

Teruna : Pak Cik dengan Mak Cik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu..

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh Mak Cik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak Pak Cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Mak Cik Pak Cik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut Mak Cik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak Pak Cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : Hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa Mak Cik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni? Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia
terang-terang pegi kat Mak Cik dengan Pak Cik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas. Haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pak Cik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pak Cik nak anak Pak Cik rasa ke Pak Cik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pak Cik, Mak Cik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak Pak Cik, Pak Cik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu Pak Cik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta Islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama dengan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah Pak Cik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu Pak Cik, ‘Izinkan saya berzina dengan anak Pak Cik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya Pak Cik. Pak Cik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah Pak Cik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu Pak Cik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu Pak Cik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula?

Teruna : Ye lah. Dah Pak Cik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna Pak Cik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah Pak Cik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada Pak Cik untuk berzina dengan anak Pak Cik. Apa yang penting Pak Cik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan dah berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik Pak Cik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan?

Teruna : Hehe.. Pak Cik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur ,32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun Pak Cik, kalau makan dan minum tu InsyaALLAH, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pak Cik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan Pak Cik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu Pak Cik. Hehe.. Tapi Pak Cik, saya tak kata pun takde Walimatul Urus. Sedang Walimatul Urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. Itu cara Islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya Pak Cik, saya seorang bayar mahar untuk anak Pak Cik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa Pak Cik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaALLAH Pak Cik. Kita bukan nak buat apa Pak Cik. Syariat memang camtu. Maha Baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu Pak Cik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat Pak Cik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis 

Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”

Teruna : ” : )”

Gadis “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan”



Silakan "SHARE", semoga ramai pihak beroleh pengajaran & manfaat...
Tuan Empunya Tanah
 photo 1fc6901e-4d22-4a12-aa46-ba32ddb0d7fe_zpsca4ccf1a.jpg
my name is SITI NOT ATIQAH BINTI HALIM..aka miss pom pom @ eyqapinky..i am 22..studying bachelor of sport science at UITM JENGKA,PAHANG..i am the crazy, retarded girl who enjoys laughing and the pleasures of the world :) :::Revenge? Nah I dont need revenge, I just plan to sit here and watch your life fall apart on its own....:::: *Pain makes me stronger, tears makes me braver, heartbreak makes me wiser, so i thank the past for a better future *Dont live in hatred. Its hurt~ But live to move forward. Make ur life meaningful to urself. A devotion to our creator * i'm just a simple girl. . . nothing special about me. . .

Followers Miss pompom

Chat with miss pompom


Big thanks
thank you for those come to visit my blog or walking to my blog..saranghae.. Best view in: Mozilla firefox